Sila singgah ke blog saya .. .. . . :)

Produk - produk yang berbaloi untuk dicuba!

Friday, October 1, 2010

kenapa guna kain lampin


10 sebab yang paling utama ialah :

1. Pakai kain Cotton.

Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.

2. Tahu tak bagaimana Disposable Diaper bekerja?

Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.

3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. 

Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

4. Kurangnya ruam dan gatal.

sbbnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi..

5. Kain lampin sangat menjimatkan!!

Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.

6. Senang utk digunakan. 
Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!!

7. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

8. Satu cawan penuh ‘crude oil’ telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.

9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan. 

Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!! dan yg terakhir sekali… 10. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan)

Kelebihan Cloth diapers/kain lampin

1. Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia.

Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.

Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.


2. Kos Tinggi ?

LAMPIN PAKAI BUANG Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu 

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari 
RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun 
RM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun


3. Bayi akan cepat tahu beza basah dan kering 

Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat 'menyedari' perbezaan antara basah dan kering. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan. Bagi bayi yang memakai lampin kain, masanya lebih singkat, iaitu sehingga setahun lebih awal.

4. Keselesaan

Kita sendiri tidak sudi memakai baju dan seluar dari kertas, walaupun untuk sekejap. Jadi, kenapa biarkan bayi kesayangan anda memakai lampin dari kertas dan plastik.. Pilihlah yang selesa, iaitu kain yang lembut untuk bayi anda. Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai warna dan corak..

5. Fungsinya sama seperti lampin pakai buang (disposable diapers)

Ia boleh digunakan sama seperti pampers biasa. 3 hingga 4 jam. malahan jika ibu inginkan waktu yang lebih lama bertahan, para ibu boleh memasukkan 2 insert dalam satu masa. ia boleh bertahan sehingga 7 hingga8 jam. ia sesuai di praktikkan pada waktu malam

5. Ruam

Dengan cloth diapers ini baby tidak mudah dijangkiti ruam. ini kerana material yg digunakan adalah kering dan tidak mudah bocor dan bukan seperti lampin pakai buang yang menggunakan bahan terpakai.

6. Tiada bau 'Poo' didalam rumah.

Ini kerana najis itu boleh disingkirkan terus dengan mudah dari CD.

7. Mudah untuk dibasuh

Cloth diapers ini mudah dibersihkan. tidak perlu bekerja kuat untuk dibersihkan. hanya perlu disental sedikit sahaja agar bau hilang dan tidak perlu diberus. 'Poo' jugak mudah dihilangkan dan tidak melekat pada cloth diapers. Warnanyer kekuningan itu juga mudah hilang dr cloth diapers. Ia juga boleh dibiarkan selama 3 hari jika ibu2 tidak ada masa untuk membasuh dan tidak mudah bertahi lalat. Yang paling mudah ia boleh di basuh menggunakan mesin basuh....MUDAHKAN!!!!!!!.


8. Jangka Masa yang panjang

Cd ini boleh dibasuh dan digunakan semula. Jadi para ibu boleh berjimat untuk membeli pampers pada setiap bulan. ia juga boleh digunakan sehingga berumur 3 tahun iaitu dari lahir hingga beratnyer 13kg. Malahan ia boleh digunakan semula oleh bakal adik2nyer....JIMATKAN!!!!!!

9. Boleh di ubahsuai

Cd ini boleh di ubahsuai mengikut size yg digunakan. ia mempunyai 3 size, iaitu S, M, L. Ibu bolehlah mengubahsuai mengikut size si manja.

BERBALOI!!!!!!!!!!!!!!!


Keburukan Pampers Pakai Buang

Keburukan disposible diapers. Mesti menggerunkan erk... tengok kat bawah tu ada sebut pasal cancer, baca betul ;
  • Dioxin in is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals. DihaRAmkan dibanyAk neGARA, tetaPI tidak di USA (syarikat pengeluar utama dispo di dunia)
  • Tributyi-tin (TBT) - a toxic pollutant knoe to cause hormonal problems in humans an animals. Ia akan merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  • Sodium polyacrylate - Gel-like, super absobent crystals. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons becuse of its link to toxic shock syndrome. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infextion dan demam.
  • Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5% (1955) kepada 78% (1991).
  • Pembiakan bakteria dan ammonia melalui urine.
  • Penyebab athma dikalangan bayi.
  • Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakkan pada his cooling mechanism dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.
  • 50% daripada sampah domestik rumah.
  • Sumber sampah keTIGA terbesar seangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  • Mengambil masa 500 tahun untuk terurai.
BAyangkaN betapa dasyatNYA kesaN penggunaaN dispo diaper ni (DD) terhadap baby kita malaH bumi juga turut mUsnah

Ciri - ciri Cloth Diapers

CIRI-CIRI CLOTH DIAPERS

1. Bahagian luar ialah PUL yang tidak bocor
2. Bahagian dalam ialah microfleece yang akan membuatkan baby rasa kering
3. Bahagian yang menyerap air kencing bayi ialah mikrofiber insert Lunatots Cloth Diapers


Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas :

*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan,tukarkan CD 2-3 jam sekali.

Masa Penggunaan Cloth Diaper
7 pagi – 10 pagi 1 insert
10 pagi – 1 ptg 1 insert
1 ptg - 4 ptg 1 insert
4 ptg – 7 ptg 1 insert
7 ptg – 12 mlm 2 inserts
12 mlm – 7 pagi 2 inserts
Total penggunaan sehari 6 pocket pants, 8 inserts sehari



Cara Basuh CD

Peringkat & Cara Basuh CD

1) Prewash / Basuhan Awal
Setelah anda membeli CD sila jangan dipakaikan terus kepada bayi. CD+Insert perlu dibasuh sekurang2nya 3 kali tanpa sabun bertujuan untuk meningkatkan daya serapan (lg banyak kali dibasuh lagi tinggi daya serapannya). Caranya ; basuh, jemur, kering, angkat (proses ini diulang sekurang2nya 3x).

2) Basuhan Setelah menggunakan CD
a) Air Kencing / Pee
Keluarkan Insert dr pocket. bilas dengan air yg banyak sampai tiada bauny. CD pun buat perkara yang sama. Untuk basuhan pada hari yang sama boleh  terus masukkan dlm mesin basuh. Lebihkan penggunaan air semasa membasuh dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa
a) Najis / stool / Poo
Buangkan najis ke dalam lubang tandas terlebih dahulu. Kalau nk lebih elok semasa pakai kan bayi dgn CD gunakan nappy liner / fleece liner sbb akan mengurangkan kotoran pada CD, jadi lebih senang dicuci. Kemudian sental perlahan2 dengan tangan untuk hilangkan warna yang melekat. Tolong jangan gunakan berus kerana akan merosakkan fabrik. Selepas itu bilas dengan air yang banyak dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa. Akhirnya basuh seperti biasa. Kalau masih ada tertinggal kesan warna yang najis, jangan risau. Sila jemur di bawah matahari dan bila kering kain sudah menjadi putih semula.
3) Stripwashing
Dilakukan apabila CD sudah kurang daya serapannya. Macam mana nak tau Cd kurang daya serapan ; apabila CD terlalu cepat bocor/leaking. Biasanya boleh dilakukan sebulan sekali. Boleh gunakan Cuka(hanya digunakan ke atas insert) / Baking Soda / Air Panas / Sunlight

Nota 
1) gunakan Laundry Net untuk memanjangkan jangka hayat CD anda dan menjaga butang2 CD drpd rosak/tercabut - sayangnya.......
2)
 gunakan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa (jimat sabun)
3) gunakan air yg banyak semasa membasuh CD di dalam mesin basuh
4) JANGAN gunakan sabun yang mengandungi enzim, peluntur, pelembut kain. Pendek kata guna sabun murah ajer hehe (jimat lagi kan)
5) Sebaik2nya jemur di bawah sinaran matahari. 
6) Jika mahu mengumpul CD sebelum dibasuh tolong kumpulkan semua CD yang telah dibilas dan diperah ke dah BALDI yang KERING. Baldi basah menggalakkan pertumbuhan bakteria.





TIPS & CARA AGAR CLOTH DIAPERS TAHAN LAMA

Cloth Diapers itu suatu pelaburan. Jadi bagaimana cara untuk membuatnya tahan lama?
Katanya menggunakan Cloth Diapers itu menjimatkan. Katanya juga Cloth Diapers (terutama jenis “One-Size”) boleh digunakan dari bayi baru lahir sehinggalah 3 tahun. Kemudian, boleh pula digunakan untuk anak-anak kita yang seterusnya.

Adakah ini benar?
Sebenarnya kita perlu ikutkan logik juga. Contohnya, jika kita hanya mempunyai beberapa helai Cloth Diapers, tidak menjaganya dengan betul, dan juga jenama yang dibeli tidak begitu berkualiti, jangan terlalu berharap agar ianya tahan sebegitu lama.
Di sini saya akan mengutarakan tips untuk mengekalkan kualiti dan jangka hayat Cloth Diapers anda.
Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?
LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:
  1. Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips).
  2. Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
  3. Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
  4. Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
  5. Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  6. Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula?
  7. Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
  8. Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
  9. Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.
  10. Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiberkerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
  11. Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
  12. Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.
Jemurlah Cloth Diapers di bawah matahari – jimat masa, elektrik dan juga sesuai untuk mengekalkan kualiti nya! 
JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!
  1. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
  2. Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
  3. Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  4. Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
  5. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).
Cloth Diapers itu suatu pelaburan (investment), bukan? Setelah menelaah, melakukan kaji selidik, dan melakukan proses pembelian, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari wang yang kita laburkan pada Cloth Diapers, betul tak?
Namun begitu, kita juga perlu realistik dan tidak boleh beranggapan bahawa Cloth Diapers yang kita beli itu boleh tahan sampai beberapa tahun… Saya berharap tips yang saya utarakan ini boleh dijadikan rujukan untuk anda untuk ber-Cloth Diaper dengan bijak dan pintar! :)
PERSOALAN: Berapa lama sudah anda menggunakan Cloth Diapers anda, dan adakah kualitinya tetap sama seperti baru? Bagaimana cara anda menjaga kualiti Cloth Diapers anda?

CARA PAKAI CLOTH DIAPER

1) buka CD seperti ini




2) masukkan dengan kemas kedalam poket lampin moden,pastikan kemas.

                                                          
 3) masukkan 1 soaker untuk penggunaan hari siang dan 2 soaker waktu malam. Namun begitu. ia masih bergantung kepada kekerapan air kencing anak anda.



4) Kemudian butangkan CD mengikut saiz anak anda , dibawah adalah gambar2 saiz CD 
                                                                                                      saiz S
                                                 saiz M
                    saiz L,yang juga sesuai untuk anak yg berumur 3-4 tahun


                                                       baby yg berumur 5 bln..pakai lampin moden saiz S
                                                                           model cute ni pakai lampin moden saiz M
                                                                       model cute ni bergaya dgn lampin moden saiz L
                                                                                                                                                                                                      

Apa Itu Cloth Diapers aka CD @lampin moden


Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper (CD).

Keperluan asas menggunakan lampin kain telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor).
Hari ini, CD telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.

Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.

Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.

Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.
Asasnya, inilah yang terdapat di pasaran sekarang:
1. Prefolds dan Flats – Flat cloth diapersmerupakan lampin 4 segi yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dipakaikan kepada bayi menggunakan Snappi atau pin. Prefold (pralipat?) diperbuat dari kain kapas yang sama, tapi dengan sedikit usaha menjahit lampin supaya bahagian tengahnya tebal, supaya serapan berada di tempat ia benar-benar diperlukan. Ini merupakan pilihan yang termurah dan paling tahan lasak dalam penggunaan lampin kain.

2. Fitted Diapers – Fitted diaper merupakan langkah seterusnya dalam memodenkan lampian kain. Ia berbentuk seperti lampin pakai buang yang kita kenali. Ia dijahit supaya terus muat dipakai, dan kena dengan namanya, “fitted”. Ia juga dibna dengan butang katup dan aplix supaya memudahkan pemakaian.Terdapat juga lampin fitted yang berpoket, bagi memberi kebebasan ibu bapa menentukan serapan yang diperlukan.Fitted, tidak kalis air jadi anda perlukan diaper cover.Kain yang biasa digunakan untuk membuat fitted ialah kain kapas tenun, flannel(seperti kain kapas selimut bayi), hemp, kain tuala, sherpa, kain dari buluh dan velour (lembut seperti baldu).

3. Pocket Diapers aka Lampin Kain Berpoket – merupakan lampin kain yang dijahit dengan poket atau ruang disebelah dalam untuk memasukkan insert atau apa-apa sahaja yang menyerap.Insert digunakan untuk menyerap cecair apabila bayi kencing. Insert boleh dikeluarkan untuk dicuci. Pocket diaper merupakan ‘favourite’ kebanyakan ibu bapa yang menggunakan system lampin kain moden.

4. All-in-Ones (AIOs) atau semua dalam satu – Seperti namanya, lampin ini boleh terus digunakan dan tak perlu titambah apa-apa aksesori lagi. Ia versi kain kepada lampin pakai buang. Kini, anda sudah ‘pakar’ dalam jenis-jenis lampin kain moden.